WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Isnin, 18 Julai 2011

Indahnya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah berkurang kesedihan yang terpaut dalam hati.
Semua dengan kehendak-Mu Ya Allah.
Sekarang semangat dah pulih.
Dah dapat buat kerja-kerja rumah dengan tenang.
Dah dapat terima kenyataan demi kenyataan.
Sungguh! dugaan tu mematangkan kita sebagai insan di muka bumi ini.
Tanpa dugaan, mungkin kita akan terleka dan lalai untuk mengingati Dia sebagai Pencipta.

Dalam masa dua hari ni, banyak yang saya belajar.
Belajar menjadi seorang yang tabah.
Belajar menjadi seorang yang penyabar.
Belajar untuk menerima kenyataan dengan hati yang ikhlas.
Belajar untuk menjadi insan yang sentiasa bertawakal.
Belajar untuk lebih tawadhu'.
Belajar untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas dalam kehidupan.

Alhamdulillah...
Tak terucap dengan kata-kata apabila kita sabar dan redha dengan dugaan, keindahan dapat kita rasai.
Bak kata orang, semua kerja mudah!
Bila kita betul2 ikhlas, semua kerja jadi lancar dan takda halangan pun.
Dan bila kita bertawakal pula, hati akan tenang dan mudah terima setiap dugaan.

Tetaplah bersabar wahai hatiku....

Allah Ta'ala berfirman:
"Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu..."
(Ali-Imran : 200)

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar." (al-Baqarah: 155)


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tempat meluah perasaan :D