Assalamualaikum..
Tengah dengar Forum Perdana kat TV1.
Teringat lak yang lagi 2 minggu ja dah nak puasa Ramadhan.
Terasa pantas kan masa berlalu.
Apapun, bagi wanita2 yang belum qada' puasa, apa tunggu lagi...cepat2 la qada' kan puasa tu k.
Tak lama dah ni.
;)
Bercerita lanjut pasal qada' puasa tu, semua gadis remaja mesti tak lepas dari mengalami 'masa2 indah' bagi seseorang wanita kan...
hehe;)
Apa 'masa2 indah' tu?
Ok, entri kali ni sebenarnya saya nak kongsi sikit petua2 yang boleh diamalkan apabila seseorang tu mengalami 'Menstrual Cramp' atau lebih dikenali sebagai sengugut.
Sengugut
Gambar : Google
Haaa~ untung tau bagi sesapa yang alami 'masa2 indah' ni.
Sebabnya masa sakit ni la dosa2 kita akan terhapus.
Ada hadis menyebut hikmahnya kita sakit atau ditimpa bencana.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Beruntungkan jadi wanita :)
Ok, saya nyatakan sedikit petua yang selalu saya amalkan bila sakit sengugut.
1. Ambik halia, kemudian tumbuk @ blend. Rendam dalam air suam dan minum air halia tersebut.
2. Amalkan minum air suam ketika kedatangan haid.
3. Amalkan mandi dengan air suam sewaktu kedatangan haid kerana perjalanan darah akan mengalir dengan lancar dan boleh mengurangkan kesakitan sengugut.
4. Minum air teh pahit tanpa gula.
AWAS!!
*Jauhkan daripada meminum minuman berkarbonat sewaktu kedatangan haid*
OK!
Yang tu saja petua yang saya tahu dan saya selalu amalkan.
InsyaAllah dapat mengurangkan kesakitan.
Kita cuma berikhtiar, tapi yang menyembuhkan hanyalah Dia.
Ingat tu..!
(^.^)
Bersedia untuk menguruskan badan!
:)

Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Tempat meluah perasaan :D