WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Jumaat, 15 Julai 2011

Tabah!

Assalamualaikum

Pernah tak sekali korang rasa yang korang down sangat2..
Sampai satu tahap korang rasa lemah tak terdaya.
Terasa macam dunia dah gelap.
Macam tak da harapan untuk buat pa2.
Dan waktu tu korang terasa yang korang adalah insan terkedil kat atas muka bumi ni.
Lepastu korang akan terasa yang orang lain pandang korang sebagai manusia paling lemah.
Pernah tak? pernah tak?

Sampai tahap tu korang dah tak terdaya nak bangun.
Kaki lemah nak berjalan. 
Jantung pun bergerak perlahan.

Dan waktu tu, korang tak berhenti istighfar pepanjang.
Dan waktu tu korang hanya fikirkan Dia.
Terasa seolah-olah Dia akan menjemput korang.
Pernah tak korang rasa macam tu?

"Ya Allah...terasa lemah dan betapa kerdilnya hambaMu ini.
Berilah kekuatan padaku Ya Allah.."

Sungguh, takdir Allah tak da sesapa boleh lawan walaupun kita dah usaha.
Tapi kita kena kuat.
Kuat hadapi dugaan demi dugaan.
Mungkin Allah dah aturkan segalanya untuk kita.
Kita kena terima..

Dan saya sedang berusaha untuk menerima segala kehendak-Nya.
Tiada upaya melainkan hanya berdoa pada-Nya.

Teringat satu ayat seorang sahabat,

"Kau tahu tak apa tu dugaan? Dugaan tu adalah ujian yang Allah turunkan pada hamba2-Nya untuk ukur tahap keimanan seseorang. Dan setiap orang yang diuji, bermakna Allah sayangkan dia tambah2 bila dia tabah hadapi ujian-Nya."

Firman Allah SWT
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan."
 [Al-Anbiyaa’: 35]

Ya Allah, tabahkanlah diriku.

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."
 [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Terima kasih sahabat atas kata2 semangat tu
:)



1 ulasan :

  1. Kami sntiasa d smpg hg mnyokong hg.. ssungguhnya Allah s.w.t. menguji hmbany stkat yg mampu dhadapi oleh hmbanya..

    BalasPadam

Tempat meluah perasaan :D