Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah... Lama saya tak sharing di sini. Mungkin kali ni ayat agak 'skema' sikit. hehe. Apapun, sekali lagi rasa syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana masih mampu untuk menaip pada hari ini. Hampir berbulan lamanya blog ni terbiar. Bukan tak sudi nak menjengah, tapi kadang-kadang masa yang ada, saya habiskan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting. Ada juga sekali sekala saya cuba catatkan apa yang berlaku sepanjang saya berada di 'medan perjuangan', yang mana banyak suka duka yang terjadi. Namun, biarlah ianya hanya sekadar disimpan dan tersemat rapi didalam draft.
Ok, hari ni tak nak meleret-leret menaip, cukuplah sekadar berkongsi sedikit pengalaman saya pada jumaat lepas. Kalau yang setia mengikuti rancangan ni, mesti tau. Jumaat lepas, Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti program rancangan tv9, 'Tanyalah Ustazah' yang bersiaran langsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Suatu pengalaman yang boleh dikatakan tak dapat dilupakan la jugak! hehe. Bukan apa, dah la survive sorang-sorang ke masjid tu, tak pernah pulak drive dalam Shah Alam ni sorang-sorang pulak tu. Tapi, saya cuba kuatkan semangat nak jugak ke program tersebut. Sebenarnya takda niat langsung nak masuk tv ke apa cuma teringin nak join salah satu usrah kat sini sebelum balik Perlis. Tup-tup, ada siaran langsung, kiranya rezeki la kan masuk tv.hehe.. tu pun tak sampai satu minit punnn.. heee....
Bagi yang nak tengok rancangan ni, 'Tanyalah Ustazah' biasanya berlansung hari Jumaat jam 11.30 pagi di tv9 k.. Banyak kupasan isu fiqh wanita dan sebagainya oleh ustazah-ustazah. Yang kat bawah ni, episod 30 yang saya ikuti hari tu. tengok la k :)
Ustazah Dr. Che Noraini bersama anak buah.
Maassalamah :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Tempat meluah perasaan :D