Assalamualaikum..
Situasi..
Universiti Ramadhan
Bergraduasi dari Universiti Ramadhan dengan jayanya? Itulah yang ku azam sewaktu awal Ramadhan, inginkan kelas pertama tapi tak konsisten. Last2 mungkin bergraduasi hanya kelas ketiga.huhu. Menjelangnya akhir ramadhan ni, berapa kerat saja yang tinggal dalam saf tarawikh. Permulaannya hebakk!! Diakhir layu..Angin kus-kus mugkin..Barangkali manusia makin sibuk kot untuk persiapan Syawal. Almaklum saja, Syawal mesti kena meriah! Sibuk menguli tepung kot, maka terhasil tart, samperit, almond london dan sebagainya. Tetamu nak datang, so kuih mesti kena banyak jenis!
Belanja
Sebut berbelanja, "of course la raya kena beli perabot baru, itu.. ini.. blablabla..nak lawan jiran sebelah(sambil mata jeling2 ke luar tingkap).."
Ya makcik..takkan tiap2 kali raya nak tukar perabot, habis perabot lama nak buang mana? haiyakk..
Perlu ke semua nak tukar itu ini baru boleh beraya?
Sakan sungguh makcik beraya!
Bermaaf-maafan
Yang ni memanggg..
Sebelum raya, kau ngata aku, aku ngata kau.. kau cubit aku, aku tumbuk kau(ganas sangat kot!hehe)
Mai la Syawal sambut dengan meriahnya bersama mercun segala bagai, boom pun ada sampai dah rasa macam negara tengah berperang!adeihh=.=''
"Aku minta maaf la kalau aku buat salah kat kau..blablabla..hujung rambut ke hujung kaki.. blablabla.." dibalas, "aku pun sama la blablablablabla" pastu peluk cium segala bagai! Tak sempat habis raya ke 30 Syawal, "Weh2.. kau tau.. dia tu kan...kan...kan... blablablabla...." Nah! Pastu tunggu Syawal tahun pulak baru nak bermaaf-maafan. Adat! T.T
Hoho..ni memang situasi yang memang kita selalu nampak kan..kan. Saya tulis ni bukan nak tuju pada sesiapa, tapi peringatan dan perli untuk diri sendiri jugak.hehehe ;D Hok2 luar sana jangan terasa..
Jom berdoa!
Doa akhir Ramadhan
" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.
Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.
Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran,kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.
Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan."
Amin Ya Rabbal'alamin..- Faiq Aiman
Ramadhan kian pergi :(
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Tempat meluah perasaan :D