WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Rabu, 18 Januari 2012

Kepada-Nya kita kembali..

Assalamualaikum..

Dua hari lepas dapat berita mengenai seorang sahabat yang mengalami kemalangan.
Alhamdulillah keadaan dia tak la kritikal.
Apapun doakan dia sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..
Syafakillah Ya Sodiqqi..

Dan dua hari lepas juga dapat berita mengenai junior sekolah rendah yang mengalami kemalangan.
Dia kritikal dan koma sebab mengalami pendarahan bahagian otak.
Hari ni, sudah sampai masa dia kembali kepada-Nya
Innalillahi wa inna 'ilayhi raji'un..

Jadi kita yang masih hidup, teruskan kehidupan sebagai hamba-Nya.
Sekadar renungan kita bersama..

Semua amalan akan terputus drpd orang muslim yang meninggal kecuali 3 perkara :
1.ilmu yang bermanfaat
2.sedekah jariah
3.DOA ANAK2 YG SOLEH

Jadi berdoalah kerana firman ALLAH:" Berdoalah kamu kepadaku nescaya aku akan kabulkan"

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tempat meluah perasaan :D