WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Rabu, 4 Januari 2012

Kahwin awal..

Assalamualaikum..

Seronok je bila tengok ada pasangan yang kahwin awal.
Bila tanya pada hati ni, sape la yang taknak kahwin awal kan..kan..
Tapi dah tak da jodoh..nak buat macam mana kan..huhu
Ye lah, orang yang kahwin awal ni separuh dari agamanya dah sempurna.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu,  ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625)

Banyak manfaat bila kita berkahwin awal.Ce tengok kat bawah ni :

(1) Menikah akan membuat seseorang lebih merasakan ketenangan.
 
Cuba renungkan ayat berikut, Allah Ta’ala berfirman,

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” (QS. Ar-Ruum:21). 

(2) Menjalankan sunnah para Rasul.

Allah Ta’ala berfirman,

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.” (QS. Ar Ra’du: 38). Ini menunjukkan bahawa para rasul itu menikah dan memiliki keturunan. 

(3) Dapat menjaga kemaluan dan menundukkan pandangan.
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Wahai para pemuda, barangsiapa yang memiliki baa-ah, maka menikahlah. Karena itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah karena puasa itu bagai ubat baginya.” (HR. Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400).

 Gambar : Google
p/s : kepada akhi-akhi di luar sana, tolong gentleman yer, kalau dah berkenan tu, jumpa mak ayah si gadis minta dinikahkan. Bukan minta pada si gadis untuk  berkapel. oke! :)

Maassalamah ^^

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tempat meluah perasaan :D