WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Ahad, 15 November 2015

Ibrah + Derma Darah

Assalamualaikum...




Hari ini berhujung minggu di rumah tanpa memikirkan aktiviti riadah. Huhu.
Niatnya nak habiskan assignment yang tinggal beberapa kerat ja lagi ni.
Fuhh... tak sabarnyaa dah nak habisssssss, nak kerja, nak buat bisnes sendiri. Nak ambil anak angkat. Yeppiiii  (^_^)

Tengah masak-masak di dapur kawan menyapa. Katanya ada kempen derma darah dekat pasar tani.
Saya yang terlampau excited, fikir-fikir semalam tidur cukup, dah ambil sarapan, badan sihat, terus pecut bersiap-siap memandangkan dah lama tak menderma. Hehe.

Masuk bilik, tengok kawan tak berapa sihat duk tidur, Line Clearr ~~
Terus pecut sorang-sorang naik motor tanpa fikir apa-apa yang bakal berlaku.

Bila sampai, dengan muka excited, terus pergi kaunter, senyum-senyum sikit kat hakak-hakak misi tu pastu check tekanan darah. Tiba-tiba abam misi cakap tekanan darah aku rendah. Haaa.. sudah! Dlm hati tertanya-tanya jugak yang saya boleh menderma ke idok. huhu.Tapi abam misi kata boleh, cumanya kalau pening, terus kena bagitau hakak misi.

Saya tak fikir la sampai nak pening bagai sebab sebelum ni derma tak pernah nak pening pitam bagai. Kira tuff la gituuu :p

Tengah dup dap dup dap nak kena cucuk, pastu dah cucuk tu rasa legaaaaa. hehe. sebab tak sakit pun. Tapi, tiba-tiba hakak misi terkejut sebab darah berhenti tangan dah lebam :( Terus hakak misi sorang lagi suruh stop. Padahal saya dah derma separuh. cuma tak penuh satu plastik tu :'( 
Hati tiba-tiba rasa sedih sebab takleh derma penuh. Lepastu, hakak misi suruh rest. Dalam tengah-tengah rest tu, tetiba pening... peninggggggg sangat, pastu saya macam dah nak tak sedar dah. Tak nampak apa dah. Tapi sempat saya bagitau hakak misi yang saya pening. Dengan cemas diorang angkat kerusi saya supaya kaki tinggi daripada kepala supaya oksigen sampai. So, tak jadi la saya pengsan (>.<) hehehe. 

Ni pengalaman first kena macam ni. Sebelum ni bila derma ja, badan sihat takda efek apa-apa pun, So, hati rasa tak sedap. Rasa badan dah makin lemah, tak sihat macam dulu. Ada perasan jugak dengan keadaan kesihatan dua tiga menjak ni sebab selalu pening, sakit kepala, tapi saya buat lek buat pisss ja :D hehe. Sebab saya fikir mungkin atas faktor stress. Biasa la tengah belajar kan. :') 

Tapi bila check tekanan darah ja, selalu tekanan rendah. Tak tahu punca jugak. :(
Allahu,,, Berilah kesihatan yang baik buat diriku. 

Ibrahnya, kita tak semesti akan sentiasa sihat, umur makin meningkat, mati kian dekat (>.<)
Jom perbanyakkan amalan :)

p/s : Nak kurangkan sebut pasal kahwin, Nak banyakkan sebut pasal kematian sebab kahwin belum tentu, tapi mati itu sudah pasti . . . . .  .



"Kullu Nafsin Zaikatul Maut"
"Every Soul Shall taste Death"

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tempat meluah perasaan :D