WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Isnin, 18 Februari 2013

Mampukah aku..



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Sedikit perkongsian bersama
Selamat memulakan jihad ilmu di semester baru. Semangat!
[copy paste]

... [CERITA SEBENAR] [2:286] Mampukah aku..

Ceritanya tentang seorang rakannya yang sedang belajar di Mesir, mengambil jurusan Dentisty. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh agar mampu pass dalam examnya. Biasalah, kalau dentisty ni, hanya gagal atau lulus penentunya. Tak ada A, B atau C. Ini yang saya tahu la. Tapi ditakdirkan Allah, walaupun beliau telah berusaha bersungguh-sungguh, dia gagal dalam ujian tersebut.

Dia sedih. Dia mengadu kepada seorang senior yang mengambil jurusan Medic. Tahu apa kakak tu cakap??? Saya pun terkedu mendengarnya. Kakak tu cakap,
"Sayangnya Allah pada kamu....sampai macam tu sekali Allah uji kamu..."

MasyaAllah. Itu persepsi kakak itu. A very positive thinking. Itulah persepsi seorang yang faham akan ketentuan yang Allah telah tetapkan padanya. Kalau kita, mesti kita fikir yang Allah tak sayang kita sebab Allah tak tunaikan apa yang kita impikan. Kita fikir Allah tak adil sebab kat orang lain Allah bagi yang lebih baik. Walhal apa yang Allah bagi tulah yang terbaik buat kita. Ingat, Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu laluinya.

Maassalamah :)



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tempat meluah perasaan :D