WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Khamis, 29 September 2011

Perihal bakal zauj..

Assalamualaikum..

Bila sebut perihal bakal zauj, terfikir gak kadang2 siapa la jodoh kita nanti?
Mampukah dia membimbing diri yang daif ini?
Mampukah dia menjadi pemimpin zuriat-zuriatku nanti?

Wallahu a'alam..
Semua jawapan tu hanya Dia yang tahu.

Pernah suatu petang mak cakap :

"Kalau boleh nanti, eda cari suami yang baik, cukup 5 waktu solat. Tak berjubah kopiah pun tak pa. Yang penting cukup solatnya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang macam ni. Berdoalah banyak2, mintak bagi dapat jodoh yang baik2."

Teringat dulu2 ustazah cakap, nak cari zauj yang soleh, kita kena solehah dulu. Jadi baik untuk cari zauj yang baik.
“(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan berolah keampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia..” ( SURAH AN-NUR 24:26)


Ya Allah.. Sedangkan imanku belum cukup kukuh, macam mana nak cari zauj yang soleh.
Kalau ada yang soleh pun, mahu ke dia ambil saya jadi zaujah dia?
Tu la perkara yang selalu saya terfikir bila mak cakap pasal jodoh.

Bukan harta yang saya pandang..
Bukan pangkat yang saya nampak..
Tapi saya cari iman bakal zauj saya..
Sebab iman dia adalah kekuatan bahtera yang bakal dibina.
Tapi layakkah saya untuk "dia"?



Buat bakal zauj - Jika dia untukku..





2 ulasan :

  1. insyaAllah jom kita solehahkan diri spy dpt jadi zaujah yg solehah..
    chayo eda...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah ayuni.. sama2 kita tarbiyah dri kita:) Moga beroleh berkatNya.

    BalasPadam

Tempat meluah perasaan :D