WORDLESS WEDNESDAY ONLY

Selasa, 23 Ogos 2011

Ya Allah.. Berkatilah usiaku..

Assalamualaikum..

Dah masuk fasa ke-3 Ramadhan iaitu fasa bebasnya dari api neraka.
Fasa ke-3 Ramadhan juga ialah fasa terakhir dimana kita akan berjumpa dengan 'Lailatul Qadar'.

Terasa cepat meniti madrasah Ramadhan tahun ni kan?
Rasa macam banyak lagi ibadah yang tak sempat nak buat.
huhu.

Dalam meniti akhir2 Ramadhan, saya juga menanti tarikh 22 Ogos.
Tarikh ulangtahun dimana mak saya bertarung nyawa untuk melahirkan saya.

Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..
Punya seorang ibu yang dah banyak berkorban sampai saya membesar macam sekarang nih.
:)

Mak...i love u so much!
Sungguh, jasa mak memang tak terbalas.

Banyak dugaan yang nak kena tempuh.
Banyak juga kesabaran yang diperlukan.
Life must go on Eda!!

Sebait doa :

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim... berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


Thanks so much buat cousin tercinta
sebab hadiahkan kek ni


Thanks gak buat Kak Nora & Mikro Kokus
sebab hadiahkan ni


Terharu sangat2 sebab dah lama tak dapat hadiah,
Huhu.

(^.^)
Thanks buat semua yang wish dalam fb.

2 ulasan :

  1. selamat ulnag tahun kelahiran ye :) semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki ye !

    BalasPadam

Tempat meluah perasaan :D